Selasa, 19 April 2011

Symbian Anna on Nokia X7



1. Semalam, 12 April 2011, Nokia telah mengumumkan Symbian Anna. Ntahapekebendenya Symbian Anna tu kan?

2. Nak kasi senang cerita, Symbian Anna ni ialah satu penjenamaan semula (rebranding) sistem operasi Symbian oleh Nokia. Lepas Yayasan Symbian dibubarkan, Nokia telah mengambil alih semua hakcipta intelek sistem operasi Symbian dan kini, Nokia adalah satu-satunya pihak yang bertanggungjawab membangunkan Symbian.

3. Jadi, setelah beberapa bulan, Nokia mengumumkan yang diorang nak gunakan nama untuk merujuk kepada sistem operasi Symbian. Ini adalah amat bagus pada pendapat aku. Sebab apa? Sebab sebelum ni kan, susah wooo nak tulis Symbian punya versi. Kadang-kadang, sampai terkucil jari nak cari simbol “^” yang sampai sekarang aku pun tak tau apakebendenya nak panggil bende tu. Bila dah pakai nama awek ni, senang nak tulis, senang nak paham, senang nak rujuk. Ini adalah satu perubahan yang aku sokong. Lepas ni takde lagi nak panggil “Symbian Three” (yang ditulis sebagai “Symbian^3″) atau “Symbian Four” (yang ditulis sebagai “Symbian^4″). Semua versi Symbian akan menggunakan nama aweks. Contohnya macam, Symbian Anna yang baru diumumkan ni, dan mungkin lepas ni (tekaan aku je ni), kita akan disajikan dengan Symbian Bella, Symbian Catherina, Symbian Diana, Symbian Elisa dan sebagainya. Nak sebut pun senang kan?

4, Selain dari nama, Nokia pun umumkan yang Symbian Anna akan diberikan beberapa bende baru yang ditunggu-tunggu oleh peminat Symbian. Bende-bende baru tu antaranya termasuklah :-


i. Web browser (pelayar internet) yang baru, yang dikatakan lebih laju sampai tiga kali ganda dari pelayar internet sedia ada dalam Symbian^3 sekarang.


ii. Ikon-ikon yang direkabentuk semula serta kelihatan berbeza dari ikon-ikon perisian sebelum ini.


iii. Papan kekunci QWERTY potret yang baru. Sebelum ni, takde kat Symbian.

iv. “Splitscreen”. Ni menyenangkan keje nak menaip sebab kita boleh tengok apa bende yang kita tengah taip tu. Tak macam sekarang, yang sangat bangang, setiap kali nak menaip, mesti kita tak nampak apa yang ada kat skrin, cuma nampak keypad je.

v. Ovi Maps versi baru. Ada fungsi “check-in” ala-ala Foursquare dan jugak boleh pakai Foursquare. Pastu boleh pakai dua jari untuk zoom in dan zoom out kat peta.


vii. “Photo Gallery” atau Galeri Gambar yang dipertingkatkan, lagi senang nak digunakan. Bila bukak je, terus nampak gambar. Tak macam sekarang ni yang tunjuk folder-folder bila bukak Galeri. Kan?

v. Qt terbaru iaitu versi 4.7.3 serta QtMobility 1.1.2 yang menyokong Qt Quick dan macam-macam lagi bende yang best yang boleh dibuat menggunakan Qt.

vi. Ovi Store versi baru yang menyenangkan lagi kerja nak mencari dan memindahturun perisian kegemaran serta diterjemahkan ke lebih banyak bahasa, disamping menyokong pemasangan perisian yang menggunakan Qt.

vii. Ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan untuk pelanggan-pelanggan korporat.

5. Untuk maklumat lanjut, korang boleh baca kat blog rasmi Nokia :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan