Rabu, 31 Mac 2021

Mengenali Bunga Ati Ati

Pokok Ati-ati (Tulisan Jawi: ڤوکوق أتي٢) merupakan sejenis pokok saka yang berasal dari kawasan tropika di Afrika, Asia, Australia, Hindia Timur, Kepulauan Melayu dan Filipina. Dahulunya dikelompokkan di bawah genus Coleus, sebahagian spesies dalam genus ini kini diletakkan di bawah genus Solenostemon, manakala bakinya di dalam genus Plectranthus. Pokok Ati-ati merupakan sejenis pokok hiasan yang mempunyai daun dua warna. Warnanya yang bertentangan memberikan daya tarikan yang menyerlah sebagai tanaman penghias taman. Pokok ati-ati ini cantik dan mudah ditanam. Ia juga popular ditanam di kepulauan Fiji, Maluku dan Australia sebagai pokok penghias taman. Kelainan Coleus terkenal dengan keunikannya kerana memiliki kombinasi daun berwarna warni dalam serlahan gabungan warna merah, kuning, ungu dan merah jambu. Spesies yang paling menarik ialah Coleus blumei dan Coleus hybridus dan ia mudah ditanam menggunakan keratan batang muda. Proses pengakarannya juga cepat dan tidak memerlukan penjagaan rapi. Spesies ini anggun ditanam dalam pasu atau dalam satu barisan memanjang untuk hiasan tepi rumah. Pokok ati-ati mempunyai tekstur pokok yang berbagai-bagai seperti sederhana kasar, halus dan sederhana padat (bergantung kepada spesiesnya). Ketinggian maksimum pokok ini mencapai tiga meter. Bunga ati-ati menyerlahkan kombinasi warna daun hijau, kuning kemerahan dan keputihan. Ia memerlukan cahaya penuh, tanah peroi, keperluan air sederhana tetapi tidak tahan kemarau. Teknik menanam dan menjaga Pokok ati-ati sesuai dengan tanah gembur yang banyak mengandungi bahan organik tetapi tidak menakung air disebabkan keadaan ini akan membantu pertumbuhan dan proses pengakaran yang baik. Baja kimia yang tinggi kandungan nitrogen perlu dibekalkan sekurang-kurangnya dua minggu sekali untuk mendapatkan daun yang cantik. Pokok ati-ati memerlukan cahaya penuh tetapi tidak secara lansung / terik bahangnya. Pokok yang telah matang mengeluarkan bunga kecil dalam satu jambak dan setelah berbunga, proses mengeluarkan daun muda berhenti yang lazimnya tidak lagi menampakkan serinya. Oleh itu, selepas berbunga, adalah disyorkan dahan bunganya dipangkas bagi menggalakkan pertumbuhan daun baru. Pokok tua yang susah untuk digubah atau dibentuk berikutan serlahan warna daun semakin pucat boleh dijadikan baka untuk semaian pokok baru dengan penanaman semula menggunakan batang.

Jumaat, 28 April 2017

Israk dan Mikraj

Peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 622 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Makkah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah. Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah Al-Israa’ ayat 1 (Al-Quran:17:1). Surah An-Najm (al Quran:53:13-18) juga menceritakan peristiwa ini. “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Jerusalem), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” ( Al-Quran, Surah Al Israa’: 1) Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Makkah sebelum terbit fajar. Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis di Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitulmuqaddis. Selepas peristiwa ini, semasa Nabi tinggal di Madinah, arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid, buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di Madinah, Madyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa, Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam, Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya. Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunya Halimahtus Sa'adiah. Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa. Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam takwim Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w. Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tercantum dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53), Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut 'Buraq'. Dalam masyarakat Islam, peristiwa ini tercatat dalam takwim Islam. Umat Islam akan sembahyang sunat. Ceramah khas selalu diadakan bagi mengenang peristiwa tersebut.

Khamis, 27 November 2014

PESAN IMAM SYAFIE

Sebelum Imam Shafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik. Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara: 1. Hak kepada diri iaitu dengan mengurangkan tidur,mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. 2. Hak kepada Malaikat maut iaitu menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t. 3. Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi. 4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat. 5. Hak kepada Mizan iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan. 6. Hak kepada titian sirat iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara’, bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah. 7. Hak kepada Malaikat Malik iaitu menangis lantaran takutkan kepada ALLAH s.w.t. membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak. 8. Hak kepada Malaikat Ridwan penjaga syurga, iaitu redha kepada qada’ ALLAH s.w.t. sabar menerima bala’ dan bertaubat. 9. Hak kepada Rasulullah s.a.w. iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah. 10. Hak kepada ALLAH iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan. ________________________________________ "Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah."

Isnin, 25 April 2011

Kemalangan dirancang, untung dikaut

Utusan Malaysia Online - Berita Utama
STATISTIK Ibu Pejabat Polis Bukit Aman merekodkan bahawa jumlah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya telah meningkat setiap tahun sejak lima tahun lalu.

Dalam tempoh tersebut, peningkatan paling ketara berlaku pada 2006 iaitu sebanyak 8.5 peratus atau 54,000 kes menjadikannya 635,082 kes berbanding 581,082 kes (2005).

Sementara itu, pada tahun lalu, jumlah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan ialah sebanyak 762,529 kes, meningkat 4.2 peratus daripada tahun sebelumnya yang berjumlah 705,623 kes.

Peningkatan terendah pula ialah pada 2008 iaitu hanya 7,941 kes (1.17 peratus) kepada 676,114 kes daripada 668,173 kes (2007).

Perangkaan tersebut secara tidak langsung memberikan gambaran bahawa kemalangan jalan raya yang berlaku di negara ini amat serius.

Di sebalik kebimbangan tersebut, wujud satu lagi fenomena yang ‘menakutkan’ apabila ada pihak-pihak tertentu telah menjadikannya sebagai satu cabang perniagaan paling menguntungkan.

Wartawan Unit Khas Utusan Malaysia, SITI MARIAM MD. ZAIN, ROSALINDA MD. SAID dan TERMIZI CHE ANUAR serta jurugambar,

ISMAIL KAMADIN cuba merungkai persoalan ini.

# Kemalangan tidak berbau tetapi ada juga kemalangan yang sengaja dirancang pihak tertentu bertujuan mengaut keuntungan.

# Antara pihak yang mendapat keuntungan apabila berlaku kemalangan adalah bengkel membaiki kereta dan juga pengendali trak tunda yang boleh mendapat pendapatan sehingga RM10,000 sebulan.

# Laporan Khas Utusan Malaysia mengupas mengenai sesetengah pihak yang sanggup mengupah ‘longkai’ memasang perangkap di jalan seperti paku, minyak dan pasir di kawasan yang mudah berlaku kemalangan.

# Perkhidmatan trak tunda telah menjadi perniagaan menguntungkan dan setakat ini, tiada pihak mengawal pergerakannya. Malah tidak seperti teksi, trak tunda tidak memerlukan permit.

KUALA LUMPUR – Jika setiap kenderaan yang ditunda ke bengkel dibayar komisyen antara 10 hingga 15 peratus daripada kos tuntutan insurans kemalangan, bayangkan keuntungan yang mampu dikaut oleh syarikat trak tunda apabila tahun lalu sahaja jumlah kenderaan yang terbabit dengan kemalangan dicatatkan ialah sebanyak 762,529!

Dengan purata tuntutan insurans antara RM1,000 hingga RM3,000, bergantung kepada tahap kerosakan yang dialami, syarikat trak tunda mampu memperoleh antara RM100 hingga RM450 hanya untuk sebuah kenderaan. Itu belum lagi termasuk bayaran menunda ke bengkel.

Komisyen tersebut akan dibayar oleh pemilik-pemilik bengkel bagi memastikan mereka mendapat lebih ramai pelanggan.

Perkhidmatan trak tunda sebenarnya telah menjadi perniagaan atau industri yang menguntungkan. Tetapi setakat ini, tiada pihak mengawal pergerakannya. Malah, tidak seperti teksi, trak tunda tidak memerlukan permit.

Sejak lima tahun lalu, jumlah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya seperti direkodkan oleh pihak polis meningkat 24 peratus atau 181,447 kes iaitu daripada 581,082 kes pada tahun 2005 kepada 762,529 tahun lalu.

Kenderaan yang paling banyak terlibat pula ialah kereta diikuti motosikal, pelbagai jenis lori, pacuan empat roda, van dan sebagainya.

Peningkatan statistik kemalangan jalan raya dari setahun ke setahun, secara tidak langsung memberi ruang kepada perkembangan industri ini sekali gus menarik lebih ramai melibatkan diri.

Dengan pendapatan seorang pemandu trak tunda yang mampu mencecah RM10,000 sebulan, mereka sanggup melakukan apa sahaja.

Apa yang pasti, semakin hari, kepantasan pemandu-pemandu trak tunda menghidu kes-kes kemalangan yang berlaku semakin hebat.

‘Kecekapan’ dan habuan lumayan yang menanti ini juga telah menimbulkan pelbagai persoalan sehingga ada dakwaan mengatakan sebilangan daripada kemalangan itu sengaja dirancang.

Dakwaan tersebut mungkin benar menerusi beberapa pendedahan wujudnya ‘perangkap’ di laluan utama jalan raya seperti Kuala Terengganu-Kuantan, Jerangau-Jabor, laluan pantai Kuala Terengganu-Kota Bharu dan Kuala Terengganu-Kota Bharu melalui Bandar Permaisuri sebelum ini.

Malah, Jambatan Pulau Pinang juga pernah menjadi saksi tentang kewujudan pihak-pihak tidak bertanggungjawab ini melakukan aktiviti khianat.

Antara yang digunakan sebagai perangkap ialah span berpaku, besi tajam, minyak petrol serta pasir yang sengaja ditabur di jalan raya.

Seorang pemilik trak tunda mendedahkan, kerja meletakkan minyak atau objek lain itu dilakukan oleh pihak ketiga yang dipanggil ‘longkai’ atau call man yang mendapat komisyen bagi setiap kemalangan dimaklumkan kepada mereka.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah pula berkata, berdasarkan kajian, kebanyakan kemalangan adalah disebabkan faktor kecuaian manusia.

Selasa, 19 April 2011

All new Honda Insight 2011 Eco Assist system

Symbian Anna on Nokia X7



1. Semalam, 12 April 2011, Nokia telah mengumumkan Symbian Anna. Ntahapekebendenya Symbian Anna tu kan?

2. Nak kasi senang cerita, Symbian Anna ni ialah satu penjenamaan semula (rebranding) sistem operasi Symbian oleh Nokia. Lepas Yayasan Symbian dibubarkan, Nokia telah mengambil alih semua hakcipta intelek sistem operasi Symbian dan kini, Nokia adalah satu-satunya pihak yang bertanggungjawab membangunkan Symbian.

3. Jadi, setelah beberapa bulan, Nokia mengumumkan yang diorang nak gunakan nama untuk merujuk kepada sistem operasi Symbian. Ini adalah amat bagus pada pendapat aku. Sebab apa? Sebab sebelum ni kan, susah wooo nak tulis Symbian punya versi. Kadang-kadang, sampai terkucil jari nak cari simbol “^” yang sampai sekarang aku pun tak tau apakebendenya nak panggil bende tu. Bila dah pakai nama awek ni, senang nak tulis, senang nak paham, senang nak rujuk. Ini adalah satu perubahan yang aku sokong. Lepas ni takde lagi nak panggil “Symbian Three” (yang ditulis sebagai “Symbian^3″) atau “Symbian Four” (yang ditulis sebagai “Symbian^4″). Semua versi Symbian akan menggunakan nama aweks. Contohnya macam, Symbian Anna yang baru diumumkan ni, dan mungkin lepas ni (tekaan aku je ni), kita akan disajikan dengan Symbian Bella, Symbian Catherina, Symbian Diana, Symbian Elisa dan sebagainya. Nak sebut pun senang kan?

4, Selain dari nama, Nokia pun umumkan yang Symbian Anna akan diberikan beberapa bende baru yang ditunggu-tunggu oleh peminat Symbian. Bende-bende baru tu antaranya termasuklah :-


i. Web browser (pelayar internet) yang baru, yang dikatakan lebih laju sampai tiga kali ganda dari pelayar internet sedia ada dalam Symbian^3 sekarang.


ii. Ikon-ikon yang direkabentuk semula serta kelihatan berbeza dari ikon-ikon perisian sebelum ini.


iii. Papan kekunci QWERTY potret yang baru. Sebelum ni, takde kat Symbian.

iv. “Splitscreen”. Ni menyenangkan keje nak menaip sebab kita boleh tengok apa bende yang kita tengah taip tu. Tak macam sekarang, yang sangat bangang, setiap kali nak menaip, mesti kita tak nampak apa yang ada kat skrin, cuma nampak keypad je.

v. Ovi Maps versi baru. Ada fungsi “check-in” ala-ala Foursquare dan jugak boleh pakai Foursquare. Pastu boleh pakai dua jari untuk zoom in dan zoom out kat peta.


vii. “Photo Gallery” atau Galeri Gambar yang dipertingkatkan, lagi senang nak digunakan. Bila bukak je, terus nampak gambar. Tak macam sekarang ni yang tunjuk folder-folder bila bukak Galeri. Kan?

v. Qt terbaru iaitu versi 4.7.3 serta QtMobility 1.1.2 yang menyokong Qt Quick dan macam-macam lagi bende yang best yang boleh dibuat menggunakan Qt.

vi. Ovi Store versi baru yang menyenangkan lagi kerja nak mencari dan memindahturun perisian kegemaran serta diterjemahkan ke lebih banyak bahasa, disamping menyokong pemasangan perisian yang menggunakan Qt.

vii. Ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan untuk pelanggan-pelanggan korporat.

5. Untuk maklumat lanjut, korang boleh baca kat blog rasmi Nokia :