Jumaat, 14 Mei 2010

Ustaz Ashaari Muhammad meninggal dunia


IPOH 13 Mei - Bekas pemimpin kumpulan Al-Arqam yang diharamkan oleh kerajaan, Ashaari Muhammad meninggal dunia di Hospital Pakar Ipoh di sini hari ini, tiga hari selepas dimasukkan ke hospital itu akibat jangkitan paru-paru.

Allahyarham yang berusia 73 tahun merupakan Pengerusi Global Ikhwan Sdn. Bhd., menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 2.10 petang.

Beliau berada di negeri ini dalam siri lawatan ke rangkaian perniagaan syarikat berkenaan.

Salah seorang pekerja syarikat itu, Marzuki Hussein, 57, memberitahu, Allahyarham yang digelar Abuya berada di sini selepas melawat Thailand dan Kedah.

Menurutnya, Abuya dikejarkan ke hospital pada Isnin lalu selepas mengadu sakit dada.

"Saya terkejut apabila dimaklumkan Abuya meninggal dunia kira-kira pukul 3 petang ini dan rakan-rakan meminta saya menyediakan kereta jenazah untuk membawa Allahyarham bagi disembahyangkan," katanya.

Marzuki ditemui pemberita selepas solat jenazah di rumah tamu syarikat itu, sebuah rumah banglo di Lorong Raja DiHilir di sini pukul 5.45 petang ini.

Hampir 200 orang hadir di rumah tamu tersebut sebelum jenazah Allahyarham dibawa dengan sebuah kenderaan untuk dikebumikan di Kampung Pilin di Rembau, Negeri Sembilan.

Allahyarham mengasaskan Al-Arqam pada tahun 1968 bermula dengan 10 hingga 12 orang ahli, sebelum ia diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 5 Ogos 1994.

Aktiviti Darul Al-Arqam bermula pada 1971 sehingga 1972 di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur dan mendapat sambutan lebih ramai ahli selepas bertapak di Sungai Penchala, Selangor pada tahun 1973 hingga 1975.

Apabila ajaran Al-Arqam diharamkan, Ashaari ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 2 hingga 24 September 2004 sebelum ditahan mengikut Akta Kediaman Terhad di Rawang dan Wilayah Persekutuan Labuan selama 10 tahun.

Al-Arqam yang juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah mempunyai kira-kira 10,000 pengikut yang menyebarkan kegiatan dakwah Islam melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan, perniagaan, perubatan dan pertanian.

Menurut Marzuki, jenazah Allahyarham dibawa pulang ke tempat kelahirannya di Kampung Pilin untuk dikebumikan.

Sementara itu di Rembau, seramai 300 pengikut Allahyarham berkumpul di Masjid Lama Kampung Pilin sejak petang ini.

Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam kampung itu kira-kira pukul 10 malam ini.

_____________________________________________________________________________________

Asaari Muhammad atau Ashaari Muhamad merupakan pengasas pertubuhan Al-Arqam yang berpusat di Perkampungan Sungai Penchala , Damansara, Selangor, Malaysia .

Beliau dapat dianggap pemimpin Islam yang hebat kerana dapat mengumpul ramai pengikut sejak tahun 1968 hingga 1994 , apabila Al-Arqam diharamkan oleh JAKIM.

Biodata

Asaari Muhammad dilahirkan di Kampung Pilin, Rembau ,negeri Sembilan , berketurunan Boyan. Beliau lebih dipelihara oleh bapa saudaranya yang tidak mempunyai anak. Di Kampung Pilin inilah beliau diperkenalkan dengan wirid Aurad Muhamadiah oleh bapa saudaranya.

1952 darjah 6 pindah ke Segambut, Kuala Lumpur .

1954-1958 belajar di Madrasah Hishamuddin, Kelang . Bapanya bekerja sebagai Kastam di Kuala Kelang.

1956 menjadi guru kerajaan di Sekolah Kampung Sungai Udang, Teluk Pulai , Kelang , Selangor.

Ketika ini berkenalan dengan cucu Syeikh Muhammad Shuhaimi yang bernama Muhamad Abdullah Khairillah bin Muhamad. Ketika ini diajar wirid Aurad Muhamadiah dan diperkenalkan dengan nama ' Muhammadun Mahdi'.

1958 telah membaca buku karangan Ustaz Taha Suhaimi di Singapura yang mendakwa datuknya bakal menjadi Imam Mahdi.

Abuya Asaari Muhamad pernah belajar dengan kitab-kitab seperti Hayatul Islam, Al Alqaid Al Durriyah , Ukbudi Ummu Al Barahin, Aqidah al Najin , Nasafi dan Risalah Tauhid yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Johor. Beliau memimpin Darul Arqam selama 26 tahun (dari 1968 hingga 1994).

Meninggal dunia pada 13 Mei 2010 pukul 2.10 petang di Ipoh Specialist Center atas jangkitan paru-paru.

1 ulasan:

  1. Harrah's Hotel and Casino - Mapyro
    Harrah's 보령 출장샵 Hotel and 삼척 출장샵 Casino in 밀양 출장샵 Las Vegas features a casino, a seasonal outdoor 동해 출장안마 pool, and a fitness center. Free WiFi 전라남도 출장안마 in public areas and free parking are

    BalasPadam